Terma & Syarat
PERATURAN DAN SYARAT AHLI
- SYARAT DAN PERATURAN
- Perkhidmatan e-Jenazah ditawarkan kepada setiap individu lelaki atau wanita warganegara Malaysia yang beragama Islam sahaja.
- Ahli boleh memperbaharui keahlian e-Jenazah apabila genap 1 tahun tanpa perlu membayar yuran pendaftaran.
- Tempoh tujuh (7) hari bekerja diperlukan selepas permohonan yang sah diberi kelulusan untuk layak mendapat perkhidmatan e-Jenazah.
- Peringatan pembaharuan kepada Ahli akan dibuat 30 hari sebelum tarikh luput keahlian.
- Pembatalan khidmat keahlian akan dibuat jika tiada pembayaran diterima dalam tempoh 30 hari selepas tarikh luput.
- Pendaftaran semula perlu dibuat jika pembaharuan tahunan sudah tamat tempoh dan ahli gagal membuat pembaharuan keahlian.
- Hanya ahli yang mendapat kelulusan selepas pendaftaran sahaja yang layak mendapat perkhidmatan e-Jenazah.
- Pihak e-Jenazah berhak untuk mengubah, menukar, meminda, membatalkan atau membuat tambahan kepada syarat dan peraturan ini tanpa memberi apa-apa notis terdahulu kepada pelanggan.
- Dengan melengkapkan borang permohonan, ahli mengesahkan bahawa maklumat yang diberikan olehnya adalah benar dan lengkap.
- Pendaftaran ahli tidak boleh dipindah milik kepada nama orang lain untuk perkhidmatan e-jenazah walaupun dikalangan keluarga terdekat ahli.
- Perkhidmatan e-Jenazah adalah tertakluk kepada kematian lazim sahaja dan terkecuali untuk kematian akibat dari bencana alam contohnya:- tanah runtuh,tsunami,gempa bumi,banjir,ribut dan lain-lain.
- Semua terma-terma dan syarat adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa dan pihak e-Jenazah berhak menukarkan pada waktu tersebut.
- ZON PERKHIDMATAN
- Ahli hanya dibenarkan memilih hanya 1 zon sahaja.
- Ahli yang ingin memilih lebih dari 1 zon, pendaftaran yang berasingan mengikut zon hendaklah dibuat dan melibatkan yuran pendaftaran dan perkhidmatan yang berlainan.
- Pemilihan zon hendaklah dibuat semasa pendaftaran sahaja.
- Ahli boleh menukar zon selepas pendaftaran tetapi tertakluk kepada caj pertukaran zon yang akan dikenakan sebanyak RM20. Tempoh 7 hari bekerja diperlukan selepas penukaran zon untuk layak mendapat perkhidmatan e-Jenazah.
- Ahli yang meninggal di luar zon perkhidmatan e-Jenazah,tidak akan diberikan perkhidmatan(rujuk no 6)
- Ahli yang meninggal dunia diluar zon pendaftaran tetapi masih dalam zon perkhidmatan e-Jenazah dan ingin pengkebumian dilaksanakan di zon tersebut maka perkhidmatan e-Jenazah akan diberikan seperti biasa.
- Ahli yang meninggal dunia di luar zon pendaftaran tetapi masih dalam zon perkhidmatan e-Jenazah dan memilih untuk dikebumikan di zon pendaftaran maka perkhidmatan e-Jenazah akan diberikan kecuali kos pengangkutan Jenazah dari zon yang berlaku kematian ke zon pendaftaran perlulah dibiayai oleh waris pelanggan(rujuk no 9)
- Pengangkutan disediakan hanya dalam zon yang didaftarkan sahaja.
- Pengangkutan Jenazah diluar zon pendaftaran perlu ditanggung oleh waris.
- PAKEJ KATEGORI AHLI
- Kategori ahli terbahagi kepada 3 kategori iaitu kanak-kanak dan remaja (Ar-Raudah), dewasa (An Naim) dan warga emas (Al- Firdaus)
- Kategori kanak kanak dan remaja iaitu Ar-Raudah mestilah berumur dari 15 hingga 20 tahun.
- Kategori dewasa iaitu An Naim mestilah berumur dari 21 hingga 59 tahun.
- Kategori warga emas iaitu Al- Firdaus mestilah berumur dari 60 tahun ke atas.
- e-Jenazah menawarkan 3 kategori seperti dalam perenggan 2 hingga 4 dan e-Jenazah berhak untuk menambah kategori baru atau membuat sebarang pindaan terhadap kategori – kategori tersebut tanpa notis.
- Bagi pakej An-Naim apabila ahli yang berumur 57tahun mendaftar ahli tersebut akan secara automatik akan bertukar ke pakej Al-Firdhaus apabila mencapai umur 60tahun.
- Bagi pakej Ar-Raudhah apabila ahli yang berumur 18tahun mendaftar ahli tersebut akan secara automatik akan bertukar ke pakej An-Naim apabila mencapai umur 21tahun.
- Pendaftaran kategori oleh ahli adalah muktamat dan tidak boleh diubah melainkan pendaftaran baru dibuat semula.
- e-Jenazah menawarkan kategori-kategori seperti dalam perenggan 1 – 4 dengan harga yang telah ditetapkan mengikut jadual kategori e-Jenazah.
- Tempoh sah perkhidmatan bagi setiap kategori adalah 1 tahun meliputi keseluruhan skop perkhidmatan yang ditawarkan oleh e-Jenazah.
- Syarat-syarat pakej kategori ahli adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan utama (sila rujuk item 1 syarat dan peraturan)
- PERKHIDMATAN
- Perkhidmatan e-Jenazah hanya layak kepada ahli yang berdaftar sahaja dimana hanya waris yang sah boleh memohon perkhidmatan ini apabila berlaku kematian ke atas ahli tersebut.
- Skop Perkhidmatan e-Jenazah meliputi khidmat pengurusan Jenazah lepas kematian, khidmat nasihat untuk waris, khidmat pengangkutan Jenazah (dalam zon yang sama), khidmat sebaran sms, khidmat membantu menguruskan dokumentasi kematian, khidmat memandikan jenazah, khidmat mengkafankan jenazah, khidmat solat jenazah, khidmat mengkebumikan Jenazah, hadiah bacaan Qatam Al-Quran oleh para Al Hafiz atas nama simati dan akses secara online melalui portal e-Jenazah.
- e-Jenazah berhak membuat pindaan samada menambah atau mengubah skop perkhidmatan yang dinyatakan dalam perenggan 2 tanpa sebarang notis.
- Perkhidmatan adalah diliputi dalam zon yang dipilih oleh ahli sahaja.
- Perkhidmatan akan luput jika tiada permintaan pengurusan jenazah oleh waris simati selepas 24 jam dari masa kematian kecuali perkara yang melibatkan siasatan polis.
- Tiada khidmat tambahan yang akan diberi kepada keluarga ahli jika berlaku kematian kecuali waris simati memohon untuk mendapatkan khidmat tambahan yang ditawarkan oleh e-Jenazah melalui kategori tambahan dengan kos yang telah ditetapkan oleh e-Jenazah.
- Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab keatas perkhidmatan lain selain dari perkhidmatan e-Jenazah.
- Pihak pengurusan juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana badan yang tidak bertauliah semasa pengurusan jenazah diuruskan.
- Pihak pengurusan tidak akan berurusan dan tidak akan bertanggungjawab dengan waris yang membuat urusan persendirian dalam pengurusan jenazah tanpa pengetahuan Pihak Pengurusan e-Jenazah.
- Pihak pengurusan hanya akan berurusan dengan nama waris yang telah diberikan oleh ahli semasa pendaftaran di buat, pada masa pengurusan jenazah tersebut. Dan jika waris tersebut tidak hadir pihak pengurusan akan berurusan dengan waris yang terdekat dengan si mati.
- Pihak pengurusan tidak akan bertangungjawab keatas urusan yang melibatkan sebarang kos pengangkutan dari Negara / Negeri / Zon yang berlainan.
- Pihak pengurusan tidak menjamin khidmat di negeri / zon yang tidak digazetkan oleh e-Jenazah sebagai zon perkhidmatan e-Jenazah dan tiada wakil zon e-Jenazah.
- Kos bagi sebarang perkhidmatan pengangkutan diluar zon adalah tangungjawab waris.
- Pihak waris tidak boleh menuntut apa-apa bayaran jika pengurusan jenazah ahli tersebut telah di uruskan oleh pihak ketiga iaitu bukan dari pihak e-Jenazah (sila rujuk no 5).
- PEMBAYARAN
- Pembayaran pendaftaran e-Jenazah boleh dibuat melalui Online Bank Transfer, ATM Maybank, Wang Pos dan Cek berpalang kepada “Anjung urusjenazah Sdn Bhd”.
- Syarikat tidak akan bertanggungjawab jika pembayaran dilakukan kepada akaun lain selain daripada akaun Anjung urusjenazah Sdn Bhd (Maybank - 507059115225).
- Pendaftaran e-Jenazah yang dibuat tanpa pembayaran penuh adalah di anggap tidak sah.
- Pembayaran penuh perlu dilakukan semasa pendaftaran dibuat.
- Perkhidmatan e-Jenazah hanya akan sah selepas tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pendaftaran dibuat.
- Jumlah pembayaran yang dilakukan perlulah mengikut kategori yang dipilih.
- Setelah pembayaran dilakukan, ahli perlulah membuat panggilan ke ‘Call Centre-1300-88-4554’ atau ke Wakil Zon e-Jenazah untuk memaklumkan pengesahan pembayaran dalam masa 24 jam.
- Pembayaran pembaharuan langganan perkhidmatan perlu dilakukan selewat-lewatnya 30 hari dari tarikh luput kategori langganan.
- Peringatan pembaharuan langganan khidmat e-Jenazah akan diberitahu melalui sistem pesanan ringkas (SMS) 30 hari sebelum tarikh luput khidmat pelanggan.
- Tidak ada sebarang imbuhan wang akan diberi kepada waris kerana e-Jenazah hanya menawarkan khidmat pengurusan Jenazah.
- Pihak pengurusan e-Jenazah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah pembayaran yang melibatkan apa-apa perkara selain daripada perkhidmatan e-Jenazah yang sah sahaja.
- Sebarang pembaharuan atau pengantian kad yang hilang atau rosak perlu pembayaran caj sebanyak RM20.
- Bagi pakej warga emas (Al-Firdaus) jika berlaku kematian ke atas ahli kurang dari tempoh 10 tahun maka baki tahun perlu di jelaskan seperti biasa oleh waris yang telah dinamakan oleh ahli tersebut.
- Bagi pakej kanak-kanak dan remaja (Ar-Raudah) serta dewasa (An Naim) pembayaran akan terhenti apabila ahli tersebut meninggal dunia dan pembayaran tidak perlu disambung semula.
- PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN
- Ahli perlulah mengumumkan kepada waris yang terdekat bahawa beliau sudah mendaftar sebagai ahli e-Jenazah bagi memudahkan waris mendapatkan perkhidmatan e-Jenazah setelah berlaku kematian.
- Ahli yang berdaftar boleh menghubungi e-Jenazah dengan cara-cara berikut :- 1. Talian tolfree 1300-88-4554, 2. Laman sesawang e-Jenazah www.ejenazah.com dan 3. Melalui khidmat pesanan ringkas 33886 (SMS Jenazah Nombor Mykad Penghantar hantar ke 33886)
- Ahli perlulah menyimpan kad ahli e-Jenazah dengan baik.
- Sistem talian bebas tol atau Toll free e-Jenazah akan beroperasi selama 24 Jam sehari.
- Ahli boleh mendapat maklumat melalui akses online diportal www.ejenazah.com
- KAD AHLI e-JENAZAH
Penggunaan Kad e-Jenazah adalah dalam setiap masa tertakluk kepada Syarat dan Peraturan seperti berikut :
Definasi
- Kad terbahagi kepada 3 kategori iaitu kad Ar –Raudah untuk individu yang berumur 15 tahun hingga ke 20 tahun , kad An-Naim untuk individu yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan kad Al Firdaus untuk yang individu yang berumur 60 tahun ke atas.
- Kad bermaksud Kad e-Jenazah yang dikeluarkan oleh Syarikat yang mempunyai tanda e-Jenazah yang hanya akan dibuat oleh pihak e-Jenazah sahaja dan tiada pihak ketiga.
- Ahli bermaksud individu yang melanggan perkhidmatan e-Jenazah dan diberikan Kad e-Jenazah yang mempunyai alamat kediaman tetap di Malaysia.
- Syarikat bermaksud Anjung Urusjenazah Sdn Bhd, sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan mempunyai alamat pejabat di H-12-3 Lorong Bayan Indah 2, Bay Avenue, Queensbay, Sungai Nibong,11900 Pulau Pinang.
- Kediaman bermaksud alamat rumah tetap ahli atau mana-mana tempat di Malaysia yang terdapat di borang permohonan ahli e-Jenazah.