Perkhidmatan eJenazah
Pada dasarnya ejenazah.com menawarkan 3 faedah kepada ahlinya seperti berikut ;
- Pengurusan Jenazah Lengkap
- Gedung Ilmiah Maya
- Pembangunan Insaniah

Pengurusan Jenazah Lengkap
e-Jenazah menawarkan perkhidmatan pengurusan jenazah lengkap, segera, sistematik dan berlandaskan hukum syarak kepada setiap pelanggannya pada bila bila masa melalui kawalan dan pengoperasian pusat ‘ call-centre’ yang boleh dicapai melalui ekses mudah.
Pekhidmatan pengurusan jenazah yang akan diberikan adalah seperti berikut :-
- Khidmat pengurusan jenazah selepas kematian.
- Khidmat nasihat kepada waris simati.
- Perkhidmatan sebaran berita kematian melalui SMS.
- Pengangkutan jenazah dari hospital ke rumah.
- Membantu waris dalam menguruskan proses dokumentasi kematian.
- Memandikan Jenazah.
- Mengkafankan Jenazah.
- Solat Jenazah*
*Membantu dalam menyelenggarakan Solat Jenazah dengan waris.
- Pengebumian Jenazah.
- Hadiah Qatam Al-Quran (30 Juzuk) oleh para Al-Hafiz.
- Akses www.eJenazah.com sebuah portal yang merupakan platform yang memuatkan sumber ilmu dan ruang maya untuk umat Islam berintraksi sambil beramal.

Huraian Perkhidmatan
Sebagai menghalusi skop pekhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan, maka dihuraikan setiap satu dari elemen perkhidmatan yang telah dinyatakan diatas.
- Khidmat pengurusan jenazah selepas kematian
Apabila sesuatu kematian terjadi, kerapnya keluarga waris simati akan merasakan satu kesedihan dan tekanan yang agak kuat. Pada saat ini khidmat nasihat dan bantuan dalam menguruskan jenazah yang baru meninggal itu dengan sebaiknya akan sedikit melegakan keluarga waris. Panel pengurusan Jenazah kami akan dengan segera sampai ditempat jenazah berada, bagi memastikan keadaan jenazah diuruskan dengan sepatutnya. Bergantung kepada keadaan dan sebab kematian, beberapa langkah pengurusan awal akan dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetap.
- Khidmat nasihat kepada waris simati
Pengurusan jenazah banyak menimbulkan kekeliruan sehingga sebahagian dari amalan adalah bertentangan dengan syarak dan ini membebankan jenazah sekaligus menyebabkan dosa kepada para hadirin. Panel Pengurusan Jenazah kami akan sedia memberikan khidmat nasihat apabila berlaku situasi begini dan diperingkat yang lebih serius, Panel Penasihat Syarie kami yang terdiri dari peguam syarie dan pakar pakar hukum yang bertauliah dapat dihubungi untuk membantu.
- Perkhidmatan sebaran berita kematian melalui SMS
e-Jenazah, sebagaimana yang disebutkan sebelum ini adalah satu perkhidmatan yang akan memberi kelegaan kepada waris simati. Bagi tujuan ini, semasa mendaftar dengan e-Jenazah, pelanggan akan diminta mengisi borang saudara terdekat untuk dihubungi (maksima 20 orang) bagi membolehkan ‘Call Centre’ kami menghantar pesanan ringkas secara otomatik kepada semua ahli keluarga terdekat apabila berita kematian dilaporkan.
- Pengangkutan jenazah dari hospital ke rumah
Apabila kematian berlaku di hospital, didalam zon ahli, maka e-Jenazah akan menyediakan pengangkutan untuk membawa jenazah ke rumah waris seperti yang ditetapkan. Perkhidmatan ini akan diberikan tidak mengira waktu. Pihak e-Jenazah mempunyai pasukan yang bersedia 24 jam. Perkhidmatan ini hanya diberikan bagi kes kematian yang terjadi dalam zon ahli. (contohnya: Ali mendaftar dalam zon Pulau Pinang A (Pulau) dan kematian terjadi di Hospital Pantai (Bayan Lepas) maka perkhidmatan ini adalah layak diterima olehnya. Tetapi jika kematian berlaku di luar zon ahli maka, perkhidmatan boleh juga diberikan dengan kadar bayaran yang di tetapkan dalam Jadual B - caj pengangkutan antara zon. ( Contohnya :- Ali mendaftar di Pulau Pinang A (Pulau) dan Meninggal di zon Perak A (Perak Utara), setelah waris Ali menghubungi call centre e-jenazah dan menyatakan yang arwah Ali perlu diuruskan jenazahnya dan juga dikebumikan di Pulau Pinang, maka perkhidmatan pengangkutan yang akan diberikan oleh e-Jenazah akan dicaj mengikut Jadual B. Tetapi jika, waris simati tidak berhajat untuk kebumikan simati di zon asal ahli, tetapi ingin dikebumikan di zon dimana ia meninggal, maka ianya dapat dilaksanakan melalui prosedur biasa dengan syarat zon tersebut adalah zon perkhidmatan e-Jenazah.
- Membantu waris dalam menguruskan proses dokumentasi kematian
Satu lagi urusan yang agak membebankan waris simati adalah untuk mendapatkan dokumentasi kematian. Salah satu dari perkhidmatan e-Jenazah adalah membantu waris dalam mendapatkan dokumen-dokumen ini. Sebahagian dari kes Kematian adalah agak rumit, terutama jika ianya melibatkan kes kes jenayah. Dengan panel-panel yang berpengalaman, e-Jenazah dapat membantu waris menangani permasaalah ini.
- Memandikan Jenazah
Urusan memandikan jenazah akan dilaksanakan dan disempurnakan oleh panel pengurus jenazah kami dengan menitik beratkan elemen hukum dan sensitiviti. Jenazah lelaki akan dimandikan oleh lelaki dan jenazah wanita akan dimandikan oleh wanita. Ditempat dimana tiada kemudahan mandi mayat maka pihak e-jenazah akan menyediakan kit mandi mayat bergerak secara percuma. Perkhidmatan ini termasuklah semua peralatan mandi yang diperlukan dan ditetapkan dalam jadual C – Perkakasan Mandi Jenazah
- Mengkafankan Jenazah
Urusan mengkafan jenazah akan dilaksanakan sepenuhnya oleh panel pengurusan Jenazah kami dengan sentiasa menitikberatkan elemen hukum dan sensitiviti. Semua peralatan dan perkakasan yang berkaitan dengan urusan ini akan disediakan oleh panel kami mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam jadual D – Perkakasan Pengkafanan.
- Solat Jenazah
Dalam menawarkan pengurusan Solat Jenazah, kami akan menyediakan pengangkutan untuk jenazah yang telah siap dikafan dan dimasukkan ke dalam keranda dari rumah hingga ke Masjid atau surau yang terdekat untuk disembahyangkan oleh waris dan para tetamu yang hadir. Andainya waris simati ingin lebih ramai orang untuk menyembahyangkan jenazah, maka usaha untuk mendapatkan jumlah yang ramai ini tidaklah termasuk dalam skop perkhidmatan ini.
- Mengkebumikan Jenazah
Dalam menguruskan pengkebumian jenazah, pihak e-Jenazah akan menguruskan semua urusan seperti menggali liang lahat, mengkebumikan dan pembacaan talqin. Hadiah Qatam AlQuran (30 Juzuk) oleh para Al-Hafiz Sebagai satu hadiah yang tidak ternilai dari e-Jenazah untuk para pelanggan, adalah majlis bacaan keseluruhan Al-Quran oleh para Al Hafiz akan diadakan dan dihadiahkan kepada arwah melalui Madrasah Tahfiz AlHasani yang berada dibawah naungan syarikat ini.
- Akses www.urusjenazah.com
Satu lagi kemudahan yang akan diberikan kepada pelanggan e-Jenazah adalah ekses ke portal urusjenazah.com, portal ini dibangunkan oleh kumpulan pakar e-Jenazah dalam menyediakan satu platform yang memuatkan informasi dan kemudahan interaktif yang dapat membantu khususnya pelanggan dan umat Islam umumnya. Portal ini akan memuatkan platform intraktif dengan pelanggan, terutamanya untuk urusan pendaftaran ahli, kemaskini data, urusan pembayaran dan lain-lain kemudahan. Kami juga memuatkan Prosedur Operasi pengurusan jenazah yang lengkap, senarai panel pengurusan jenazah di setiap zon dan panel penasihat syariah. Portal ini juga mempunyai link dengan beberapa aplikasi yang akan dibangunkan oleh e-Jenazah seperti, e-pusara, e-yatim, e-wasiat, e-sadaqah, e-faraid dan beberapa lagi aplikasi yang sedang dirancang oleh kumpulan teknikal kami.

Perkhidmatan Tambahan (Opsyen)
e-Jenazah juga menyediakan beberapa perkhidmatan tambahan. Perkhidmatan ini direkabentuk dan ditawarkan kepada pelanggan e-Jenazah sebagai satu opsyen untuk menjadikannya lebih bersepadu dan memudahkan waris simati.
Perkhidmatan tambahan yang ditawarkan adalah seperti berikut :-
- Perkhidmatan Catering
Perkhidmatan ini boleh dipohon oleh waris semasa berhubung dengan ‘Call Centre’ untuk mendapatkan perkhidmatan e-Jenazah. Perkhidmatan ini termasuklah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam yang disediakan dalam pakej standard dan premium. Pelanggan boleh membuat pilihan dan kadar caj bagi perkhidmatan ini terdapat dalam laman web e-Jenazah .
- Perkhidmatan kenduri Arwah
e-Jenazah juga menyediakan perkhidmatan mengadakan kenduri arwah bagi memudahkan urusan waris. Dalam mengadakan kenduri ini , kami menyediakan beberapa pakej yang boleh dipilih oleh waris atau boleh diwasiatkan oleh pelanggan semasa masih hidup melalui laman web e-Jenazah. Diantara pakej yang tawarkan adalah seperti berikut:-
- Kenduri arwah dengan bacaan tahlil dan jamuan makan dimasjid berdekatan selama 3 hari berturut-turut.
- Kenduri arwah dengan bacaan Yasin diikuti tahlil dan doa oleh para hafiz di madrasah tahfiz yang terpilih.
- Bacaan keseluruhan Al-Quran oleh para hafiz di madrasah Tahfiz terpilih.
Perkhidmatan - perkhidmatan diatas boleh didapati dengan caj yang dapat dirujuk dalam laman web.
- Perkhidmatan Bantuan Tuntutan Lepas Kematian
e-Jenazah juga ingin membantu waris untuk membuat tuntutan tuntutan yang layak bagi pihak simati. Ianya dilakukan melalui pertalian kepada beberapa agensi dan syarikat insuran di dalam laman web e-Jenazah agar proses tuntutan dapat dipermudahkan.
Gerbang Ilmiah Maya
e-jenazah.com bukan sahaja membawa kesedaran kepada umat Islam kepada Persediaan Yang Hakiki Ke Arah Destinasi Yang Abadi malah ianya juga merupakan sebuah gerbang ilmiah maya yang akan membolehkan umat Islam mendapatkan ilmu pengetahuan yang berguna melalui web portal e-jenazah.com. Kami memuatkan diantara lainnya ialah Islamic e-book, e-faraid, e-wasiat, e- wakaf, e-solat, e-quran, dunia halal, cerita-cerita pedoman, e-kamus dan banyak lagi.
Adalah menjadi hasrat kami di e-jenazah.com untuk mengembangkan gerbang Ilmiah Maya ini agar ianya menjadi rujukan yang berguna untuk umat Islam.
Pembangunan Insaniah
Menyedari betapa pentingnya pembangunan Insaniah dalam masyarakat yang sangat mencabar ini, di mana baik dan buruk telah menjadi begitu tipis maka e-jenazah.com mengambil inisiatif untuk menyediakan kepada ahli-ahli khasnya dan kepada seluruh umat Islam amnya. Segmen pembangunan Insaniah yang memuatkan diantara lainnya ialah ;
- Forum Soal Jawab Agama
- Blog Pembangunan Insaniah
- Kursus-kursus Pengurusan Jenazah
- Panduan hukum dan sunnah dalam amalan kifayah.
- Kursus motivasi remaja Islam
- Kem Bina Insan
Dan dari masa ke semasa ejenazah akan mengembangkan segmen ini agar ianya lebih memberi manafaat kepada masyarakat Islam.