Pengurusan

Sistem Pengurusan

e-Jenazah diuruskan secara professional oleh Anjung UrusJenazah Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang telah mendapat kepercayaan dari Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia dan Majlis Agama Islam untuk menjalankan kajian dan pembangunan sebuah sistem pengurusan jenazah untuk umat Islam yang sustainable , Komprehensif , bersepadu dan mengikut hukum syarak. Kajian yang mendalam dalam berbagai bidang berkaitan telah dijalankan termasuklah bidang hukum, teknikal, ICT dan pengurusan yang mengambil masa hampir satu tahun. Berkat dedikasi dan sokongan dari pihak kerajaan, maka telah lahirlah e-Jenazah untuk umat Islam di Negara ini.

Pengurusan Teknikal

Aspek teknikal utama untuk sistem e-Jenazah adalah berasaskan perkembangan dan aplikasi ICT yang terkini. Secara teknikalnya, e-Jenazah akan diurus melalui sebuah ‘Call Centre’ yang lengkap dengan perkakasan dan perisian ICT, Sebuah portal yang memuatkan aplikasi dan aturcara yang dapat memproses semua peringkat operasi e-Jenazah telah dibangunkan oleh kumpulan pakar dalam bidang ICT. Di peringkat ‘interface’ pengguna. Melalui portal ini pelanggan boleh:-

  1. Mencapai berbagai maklumat berguna tentang masalah pengurusan jenazah dan yang berkaitan dengannya.
  2. Mendaftar sebagai pelanggan e-Jenazah, secara maya.
  3. Mengemaskini maklumat pelanggan dan senarai kaum kerabat terdekat.
  4. Mendapatkan khidmat nasihat pakar dalam bidang Faraid, Wasiat, Harta Pusaka, Yatim dan sebagainya melalui link e-konsult kami.
  5. Mengakses dan menggunakan perkhidmatan e-Pusara, e-Wasiat, e-Faraid, e-Pusaka dan e-Sadaqah yang dibangunkan bersama dalam portal e-Jenazah.
  6. Mendapatkan perkhidmatan berkaitan perkhidmatan tambahan yang ditawarkan.

Sementara diperingkat interface dalaman, Portal ini akan bertindak sebagai Unit Memproses Pusat (Central Processing Unit) untuk e-Jenazah. Ianya bertanggungjawab dalam memproses semua permintaan pelanggan, menyimpan dan mengemaskinikan pengkalan data pelanggan, mengkoodinasikan operasi diantara ‘Call Centre’ dan panel-panel pengurusan jenazah yang dilantik.

Pengurusan Operasi

Secara dasarnya Operasi e-Jenazah ini dilaksanakan dengan kaedah berikut:-

  1. Mewujudkan prasarana – ‘Call Centre’ yang bertindak sebagai CPU e-Jenazah.
  2. Mewujudkan zon-zon perkhidmatan e-Jenazah secara berperingkat , bermula dengan bahagian utara Semenanjung Malaysia.
  3. Perlantikan Penel Penasihat Syariah bagi memastikan setaiap elemen pengurusan dan model sistem e-Jenazah tidak tersimpang dari hukum syarak.
  4. Perlantikan wakil zon bagi setiap zon perkhidmatan.
  5. Perlantikan Panel Pengurusan Jenazah yang akan bertindak sebagai ‘Direct Service Providers Unit'.
  6. Perlantikan pegawai pegawai pemantau yang akan memastikan setiap kes diuruskan mengikut Prosedur Operasi dan KPI yang telah ditetapkan oleh e-Jenazah.
  7. Memperkembangkan zon - zon perkhidmatan di seluruh Negara

Panel Penasihat Syariah (PPS)

Panel Penasihat Syariah (PPS) adalah satu kumpulan professional dalam bidang Syariah dan hukum yang akan dibentuk bagi menjalankan fungsi-fungsi berikut:-

  1. Meneliti dan mengesahkan Prosedur operasi yang yang dihasilkan oleh e-Jenazah berkaitan dengan pengurusan jenazah tepat dan bersesuaian dengan tuntutan hukum dan masyarakat Islam.
  2. Menjadi panel untuk platform e-konsult yang dibangunkan oleh e-Jenazah dalam menjawab soalan dan kemushkilan pelanggan secara online.
  3. Membantu e-Jenazah dalam mempromosikan dan menerangkan kepada umat Islam tentang sistem ini keseluruh Negara melalui seminar, bengkel dan sebagainya.

Senarai PPS

  1. Sahibus Samahah Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Harussani bin Haji Zakaria Mufti Negeri Perak Darul Takzimm
  2. Ustaz Sahul Hamid
  3. Ustaz Haji Abdullah bin Haji Yahya Naib Khadi
  4. Abdul Fareed bin Abdul Ghafoor Peguam Sya’ie

Wakil Zon

Bagi setiap zon perkhidmatan e-jenazah , seorang wakil zon telah dilantik. Mereka ini terdiri dari individu yang telah dipilih melalui satu proses pemilihan yang dijalankan oleh e-Jenazah . Setiap wakil zon mempunyai keterampilan dan pengetahuan yang luas dalam bidang syariah serta diterima lagi dihormati oleh masyarakat setempat. Wakil-wakil zon ini diberi tanggungjawab bagi menegenalpasti panel pengurusan Jenazah (PPJ) untuk melaksanakan secara langsung pengurusan Jenazah di zon berkenaan apabila ianya diperlukan. Dalam fasa pengoperasian wakil zon akan mengkoodinasikan permintaan pelanggan yang disalurkan oleh e-Jenazah melalui call centre dengan panel pengurusan Jenazah dalam melengkapkan perkhidmatan yang ditawarkan. Senarai wakil-wakil zon boleh disemak di jadual senarai wakil zon.

Panel Pengurusan Jenazah(PPJ)

Pengurusan Jenazah yang ditawarkan oleh e-Jenazah adalah satu bentuk perkhidmatan yang belum pernah ditawarkan oleh mana-mana pihak sebelum ini. Kami sangat teliti dan prihatin terhadap sensitiviti perkhidmatan ini. Untuk maksud ini, kami membentuk Panel Pengurusan Jenazah, yang terdiri dari individu yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan jenazah di setiap zon perkhidmatan. Mereka ini akan dilantik setelah satu siri proses ‘Service Rebranding’ dijalankan bagi menyelaraskan setiap panel dalam memberikan perkhidmatan yang mengikut Prosedur Operasi yang telah ditetapkan.

Panel yang telah dilantik ini akan diberikan kemudahan-kemudahan berikut:-

  • Kursus Penyelenggaraan Perkhidmatan (Prosedur Operasi)
  • Pakaian Seragam
  • Bantuan kewangan dan peralatan bekalan
  • Bantuan perkembangan usahawan yang berkaitan

Dalam jadual PPJ, dinyatakan jumlah PPJ yang diambil bagi setiap zon, sebagai pelan di luar jangkaan, kita juga mengambil beberapa PPJ yang akan berkhidmatan terus dibawah e- Jenazah bagi mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan jika ianya terjadi. PPJ dikenalpasti dan dilantik secara bersama dengan wakil-wakil zon yang telah dilantik sebelum ini.

 

Berita Terkini:
  • SALAM MAAL HIJRAH KEPADA PELANGGAN DAN PENGUNJUNG YANG KAMI KASIHI, PEJABAT KAMI DI SG NIBONG QUEENSBAY TELAH BERPINDAH KE BUKIT JAMBUL YANG BERALAMAT DI "UNIT 1-2-40, I AVENUE MEDAN KG RELAU 2, 11900, BAYAN LEPAS, PULAU PINANG" UNTUK SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI NOMBOR TALIAN BEBAS TOL KAMI 1300884554
  • e-Jenazah kini memperkenalkan kad-kad kifayah yang penuh dengan keistimewaan untuk setiap lapisan masyarakat islam
  • KINI CAWANGAN TERBARU KAMI TELAH DIBUKA UNTUK KEMUDAHAN ANDA DI TAMAN ALMA JAYA BUKIT MERTAJAM,UNTUK SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI 0124255295 @ 045514661 (EN KAMARUDIN)
  • KINI CAWANGAN TERBARU KAMI TELAH DIBUKA UNTUK KEMUDAHAN ANDA DI BANDAR PUTERI JAYA SUNGAI PETANI,UNTUK SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI 0124857061 @ 044243188 (EN REJAB)
Takwim Solat
Tutup