|
Sebaik jenazah telah selesai disembahyangkan hendaklah dikebumikan segera. Sunat jenazah usung melalui emapt penjuru dengan didahulukan kepalanya. Mengikut imam As-Syafie - orang yang menghantar jenazah boleh berjalan mendahului jenazah menakala jenazah diusung di belakang.
005 .1 KUBUR DAN LIANG LAHAD
005.1.1 Lubang kubur adalah sekadar ukuran muat mayat dan dalamnya lebih kurang 4 hasta. Kedalaman kubur hendaklah sehingga tidak dapat dibongkar oleh binantang atau terhidu bau busuknya.
005.1.2 Sunat liang kubur mempunyai lahad iaitu lubang kecil didasar kubur.
005.2 MENGUSUNG JENAZAH KE KUBUR
005.2.1 Pengusung hanyalah lelaki sahaja baik mayat lelaki atau wanita
005.2.2 Keranda jenazah perlulah diangkat dengan berhati-hati dan perlahan-lahan.
005.2.3 Sebelum melangkah ke kubur seelok-eloknya membaca surah Alfatihah.
005.2.4 Memperbanyakkan membaca ayat ayat suci Al Quran dan selawat semasa dalam perjalanan.
005.2.5 Jangan bercakap dengan suara kuat , walaupun membaca AlQuran atau berzikir tambahan pula bercakap hal dunia, adalah lebih baik bertafakur.
005.3 MENGKEBUMI JENAZAH
005.3.1 Dilarang duduk sebelum mayat diletakkan di atas tanah.
005.3.2 Menurunkan jenazah dalam kubur
005.3.2.1 Letakkan kepala jenazah dikaki kubur.
005.3.2.2 Masuk beberapa orang dalam kubur, lebih diutamakan orang yang bersembahyang tadi atau yang faqih, afdal suami untuk jenazah isteri.
005.3.2.3 Hulur jenazah dengan mendahulukan kepala.
005.3.3 Baringkan jenazah diatas lambung kanannya 005.3.4 Wajib menghadapkan jenazah kearah Qiblat.
005.3.5 Buka ikatan kain kafannya.
005.3.6 Buka kain yang menutup muka mayat supaya mukanya mencecah tanah.
005.3.7 Sendalkan dengan ketulan-ketulan tanah supaya jenazah tidak terbalik daripada menghadap kiblat.
005.3.8 Tutup lubang kubur dengan papan atau tutup keranda.
005.3.9 Timbus tanah perlahan-lahan sehingga rata.
005.4 WAKTU MENGKEBUMIKAN JENAZAH
Jenazah boleh dikebumikan bila-bila masa sahaja , waktu terbaik bagi mengkebumikan jenazah di waktu siang berdasarkan hadith Rasulullah SAW , maksudnya “ Janganlah kamu menguburkan mayat diantara kamu diwaktu malam kecuali terpaksa”
005.5 PERKARA SUNAT KETIKA MENGEBUMI
005.5.1 Bilangan yang ganjil masuk ke kubur untuk menerima mayat.
005.5.2 Dahulukan kepala jenazah semasa menghulurkan ke kubur.
005.5.3 Buat 3 ketul tanah dan letakkan dibahagian kepala mayat semasa dalam kubur.
005.5.4 Menudung atau memayung kubur semasa mayat dikebumi.
005.5.5 Ditinggikan tanah kubur sejengkal dari bumi.
005.6 PERKARA YANG MAKRUH
005.6.1 Bermalam ditanah perkuburan
005.6.2 Duduk atau memijak kubur tanpa hajat
005.6.3 Meletak benda putih atas kubur seperti kapur.
005.6.4 Menulis nama dan sebagainya pada batu nisan
005.6.5 Membuat binaan atas kubur walaupun diatas tanah persendirian.
005.6.6 Diletakkan hamparan dibawah jenazah dalam kubur.
005.6.7 Diletakkan bantal.
005.6.8 Ditanam dalam kotak atau keranda kecuali tanah perkuburan lembut dan ketika darurat.
005.7 PERKARA HARAM
005.7.1 Membina binaan diatas perkuburan awam.
005.7.2 Memindahkan mayat yang belum ditanam ke tempat yang terlalu jauh dari tempat matinya.
005.5.3 Membongkar tanah kubur selepas ditanam sebelum pasti hancurnya mayat.
005.5.4 Menanam dua jenazah dalam satu kubur kecuali dalam keadaan darurat.
005.8 PERKARA YANG SUNAT SELEPAS PENGEBUMIAN
005.8.1 Meninggikan kubur sekadar sejengkal .
005.8.2 Letakkan batu nisan supaya senang dikenali dan lebih utama batu hidup.
005.8.3 Menyiram / merenjis air atas kubur selepas mengebumi.
005.8.4 Sunat ditanam pokok atas kubur, kerana ianya mendoakan keampunan bagi jenazah.
|